Beberapa hari lepas saya baru update blog harijadi athif..dan ya, hari ini pula adalah harijadi anak kedua kami, ayman nawfal bin ahmad fadzli. Saya berasa sedih kerana tidak dapat bersama ayman ketika mencecah usia 3 tahun. Mama mintak maaf ayman...
pengalaman melahirkan ayman, lain pula kisahnya:
-ayman lahir pada 27 jun 2009; lewat sehari daripada tarikh jangkaan doktor.
-ketika sedang sakit menahan kontraksi, doktor menawarkan epidural (semasa afnan 2.5 tahun sebelumnya saya ambil epi); tetapi kali ini saya bertegas utk cuba tidak mahukan epi. Cuba bertahan.
-setelah beberapa kali dipujuk, doktor cuba cadangkan pentadine (harap ejaan betul)yg secara teorinya dapat menenangkan dan membuat pesakit lali utk tidur. Selepas setengah jam dicucuk, doktor dan misi dtg kembali ke bilik bersalin. Kedua-dua kehairanan melihat suami saya yg lena tertidur dia atas kerusi, manakala saya masih tak tidur-tidur walapun di atas katil. Masih ingat lagi misi kata 'rasa tadi sayo cucuk awok, bakpo cik abe hok tido?'hehehe. Itulah hakikatnya, saya dan suami mmg sgt berbeza. cik abang saya boleh tidur di mana sahaja, bila-bila masa; saya pula memerlukan keadaan yg begitu kondusif seperti bilik tidur sendiri, baru dapat lena, itupun di waktu malam.
-dan satu lagi, saya masih ingat, ketika melahirkan ayman, masa itu masuk waktu zuhur. Serentak azan berkemundandang. Sayu dan sungguh tenang rasanya;)
-ayman mempunyai karektor 'second child syndrome'. Dia mudah sensitif dan akan cuba menonjolkan dirinya. Kadang-kadang saya rasa keliru samada ayman atau athif yg merupakan anak bongsu kami (buat setakat ini, hehe). Tapi saya dan suami amat memahami situasi ayman memandangkan kami berdua pun anak kedua dalam keluarga masing-masing. Hihihi. Macam tak ada kene-mengena pulak.
-ayman mempunyai 'features' atau iras orang bosnia. hal ini menyebabkan setiap kali berjalan-jalan, orang akan bertanya kepada saya, 'anak kakak ke ni?'..kalau suami sedang dukung ayman, orang akan tengok suami dari atas ke bawah, tengok dengan perasaan was-was. Cukup bersabar ajelah.
AYMAN NAWFAL BIN AHMAD FADZLI, mama doakan ayman jadi anak yg taat, soleh, pandai, bijak, comel..insyaAllah tak sabar nak jumpa ayman & afnan dan juga papa;) lagi 5 hari. I'M COMING HOME. I'M COMING HOME.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ohh..oversensitif tu 'second child syndrome" ke...sama lah dgn asif....baru kene tegur...dah melalak2 nangis....
ReplyDeleteI think so, hehe..sort of will do anything to attract attention from parents and others. Camtulah lebih kurang.
ReplyDeleteJoely, nanti jumpa kat KL ek? I miss u..
happy besday ayman.. moga jd anak soleh.. comel and hensem anak eeja ni.. jenuh berebut awek2 nnt bila besar:)
ReplyDeleteBaizah, tq for the wish...kalo tgk gmbar amirul, ada iras2 ayman gak kan? Hihi..kitorang duk rasa gitu..
ReplyDelete