Kami menyambut ulangtahun yg ke-tujuh secara sederhana pada sabtu malam ahad yang lalu. Seisi keluarga keluar makan bersama.
Teringat kembali saat kami mula mendirikan rumahtangga. Dan kini sudah bersama tiga hero kecil yang tangkas dan riang. Rasa seakan-akan mimpi. Di sepanjang tujuh tahun ini, pelbagai pengalaman telah dilalui. Pengalaman manis, pahit, suka, duka semuanya bercampur aduk. Apa-apapun, saya sentiasa berdoa moga kami terus berusaha menjadi ibubapa terbaik demi anak-anak dan isteri/suami terbaik buat pasangan masing-masing. Masih banyak yang perlu dan boleh diperbaiki.
Tahun 2013 bakal menjelma. Sungguh pantas masa berlalu. Terus terang saya agak gusar dan bimbang untuk memulakan 2013. Mungkin kerana saya sudah terbayang situasi bagaimana menguruskan keluarga dan kehidupan; sedangkan suami ditugaskan di tempat yg berbeza. InsyaAllah tiap apa yg ditetapkan kepada kita, pasti ada hikmahnya. Ini apa yg saya belajar daripada rakan sekerja "kebergantungan kepada Allah"..insyaAllah dengan adanya uaha, doa, ikhtiar dan tawakal kepada-Nya, akan dipermudahkan segala urusan.
abang, happy 7th anniversary;) thank you very much!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Love u sayang!..insyaAllah dipermudahkan..sama2 kita doa dipermudahkan urusan kita for coming years..
ReplyDeleteKoi