Oooh sungguh sepi rasanya blog saya ini. Mari hidupkan semula..
Minggu lepas, saya telah mengambil keputusan utk pulang ke pasir tumboh. Antara sebab utama:
-mengundi (buat kali pertama, dan saya sgt ternanti-nantikan saat itu)
-berjumpa dgn adik beradik (kesemuanya pulang kecuali shuhaib yg berada di kys)
-berjumpa dgn anak saudara (anak maryam, nama diberi wan aisyah tasneem yg comel kerana mengikut muka ibu saudaranya, hehe)
Perjalanan pergi btu-kcg-kl-kb dan pulang kb-kl-btu. saya sendiri kalau fikir-fikirkan semula perjalanan tersebut seolah-olah seperti mimpi rasanya.
Di sini ingin saya kongsikan sedikit tips2 yg mungkin berguna sekiranya anda mengalami situasi yg sama. Sekiranya tak bekesan, minta maaflah..sekadar berkongsi:
1. Bersedia dgn segala kemungkinan (or ready for the worst case) supaya tidak stres. Maklumlah perjalanan bersama anak-anak kecil tambahan lagi anak lelaki tak semudah yg disangka.
2. Kurangkan hand luggage. Sebaik mungkin pakai beg galas supaya kedua-dua belah tangan dapat digunakan utk mengawal anak-anak.
3. Pakai pakaian yg selesa. Tudung tak perlu yg belit2. Kasut tak lerlu bertumit tinggi, paling baik pakai sneakers, mudah sekiranya perlu berlari.
4. Sediakan baju persalinan, susu, makanan, bekalan pampers, yg secukupnya dlm beg yg mudah dicapai. Saya gemar letakkan di bahagian bawah kaki atau di sebelah tempat duduk, dan bukan di tempat penyimpanan bagasi di atas.
5. Simpan kad pengenalan dan my kid di tempat yg mudah dicapai, supaya tidak kalut ketika check in. Anda sendiri tahu setiap kali naik kapal tebang, sekurang-kurangnya 2 kali perlu tunjukkan bukti2 tersebut. Apatah lagi jika 3 kali perjalanan dalam seharian, jenuh juga kalau letak berasingan.
6. Gunakan sebaiknya kemudahan web check-in, pilih tempat duduk yg selesa. Sekiranya lebih daripada satu flight, beg sila check-in hingga ke hujung destinasi. Supaya tidaklah kalut untuk mengangkut beg dua tiga kali.
7. Beberapa hari sebelum penerbangan, mula bercerita kepada anak2 tentang perjalanan. Minta kerjasama mereka untuk 'behave' dan tolong memandangkan kita dewasa seorang diri. Anak-anak walaupun umur belum mencecah 7 tahun, kadang-kadang dapat dirasakan kematangan mereka membantu kita.
8. Wujudkan suasana yg gembira dan tidak stres. Suasana begini membuatkan perjalanan lebih seronok.
9. Endahkan apa pandangan org terhadap kita. Bagi saya, ini antara tips utama;) kadang2 org tidak faham bukannya mudah nak mengawal pergerakan, kekemasan tempat duduk, tahap kebingitan. Umur satu setengah hingga 6 tahun ni banyak fasa soalan, hihi.
10. Jika tip no 9 tips utama, tips no 10 lebih utama dan kunci segala-galanya. Doa dan tawakal kepadaNya. Jika kita berserah kepadaNya, insyaAllah dapat rasakan kekuatan dalaman.
Sekian..moga tips di atas memberikan sedikit sebanyak info bagi anda dan nota buat saya sendiri juga!
p/s: thank you hubby for the photobook, our boys love it s much!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kagum nya dgn eeja...
ReplyDeleteAah kagum ngan eeja.. Tq mama.. Cam nk hint nk sneakers baru n new fancy backpack je..hehe
ReplyDeleteBaizah: xde apalah yg nak dikagumkan. There is room for improvement. still adapting and coping. Btw, raya mana? Kmi ada kat png until raya ke3 insyaAllah
ReplyDeletePapa: hehehe, not my intention nak hint. Tapi kalo nak bagi present, am more than happy, hihi
wah!!! thanx for the tips!!!! i might need it in future. wink2~~~
ReplyDeleteEhehe che ah! Bila nak jalan2 bintulu ni? Wink2 jugak, hihi
ReplyDeleteEhehe che ah! Bila nak jalan2 bintulu ni? Wink2 jugak, hihi
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas mendowload dn upload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)